Friday, June 26, 2009

MIM-TRYLA 2009 - Hari Pertama

Aku kluar dari Hotel Plaza jam 8.30pg. Menaiki teksi yang charge aku RM25 untuk ke bangunan MIM, Jalan Ampang sebab dia kata jalan jem la...apa la..

Sampai kat sana...aku di tunjukkan ke tingkat atas untuk register. Lepas register, masuk dalam satu bilik seminar, dan di beri 2 helai t-shirt ngan satu tracksuit TRYLA 2009. Beg2 kami di arahkan untuk diletakkan di situ dan dilabelkan. Kami juga di minta untuk menukar baju dan suar yg telah diberikan...

Lepas tukar baju, diorg suro naek tingkat atas lagi. Ada makan2. Aku da breakfast da pagi td kat hotel so aku malas la nak makan. So, aku terus masuk ke dalam dewan dan mengambil tempat duduk. Disebabkan aku tak kenal sapa2.. dan org len mcm dah duduk2 ngan geng2, aku pown mengambil tempat yg takder org duduk lagik.

Setelah semua selesai makan, sesi introduction pown bermula. Kami di brief kan sedikit sebanyak tentang rules dan regulation. Lepas tu kami di minta untuk mencari kumpulan berdasarkan warna yang telah dilekatkan di belakang tag kami. Aku pown belek2...aku nyer kaler pink dan ada tulisan golf.

Setelah mencari2, aku pown duduk la ngan group aku di satu penjuru. Kami pown berkenalan la sikit2, just tahu nama. Kumpulan lima, aku, Angie, Gan, Yenn, Zilla, Samsol, Lan, Kantha, Vishnu dan Zaidi. Then kami di minta untuk menggayakan apa saja sukan yang di tulis, iaitu untuk kumpulan aku, GOLF. Kumpulan aku pown..menggayakan ar...macam org pukul bola golf...hehehe...

Lepas tu ada sikit sesi memperkenalkan diri...then ada Opening Ceremony...ucapan oleh beberapa org VIP. Lepas ucapan, ucapan dan ucapan, kami keluar untuk sesi fotografi. Lepas tu...LUNCH!!

Lepas lunch kami di suruh ambil beg dan tunggu di luar. Nampak ada 2 bas Jabatan Penjara...naik bas ikut kumpulan. Tapi masa tu lum kenal2 sangat..so mcm tak brapa bising la...

Kami di bawa ke Eco Resort, Nur Lembah Pangsun. Kat situ, kami kene simpan beg dalam satu dewan dan berkumpul mengikut kumpulan. Dari situ, kami menjalankan aktiviti pertama kami sebagai satu kumpulan...JUNGLE TREKKING. Jungle trekking...dengan tugasan membawa sebaldi air turun dari atas bukit tu. So disebab kan kumpulan aku kumpulan ke-5, kami mulakan jungle trekking tu last skalik. Walaupown ni tugasan pertama, kami da bekerjasama dan bergilir mengangkat baldi yg berisi air tu...bangga aku ngan group haku neh...hahahha...

Setelah sampai ke destinasi, rupa2nya dia bukan mencari air yang paling penuh, tapi yang paling sikit. Kira seb baek la jugak, group aku dapat number 3 kot.

Kami di beri masa untuk makan petang...

Lepas dari tu, kami kene Obstacle dan Game. Kami start dengan men paip lubang2 kene isi air dan kuarkan bola ping pong. Lepas tu kami maen "Out of the Box". Kene kuarkan baldi berisi air dari satu kawasan dengan menggunakan 2 tali dan perlukan 3 cara. Lepas tu sesi angkat bola golf dan bola pingpong pakai 10 tali. Then baru ke obstacle. Pergh penat gak...sampai gelap ar...

Lepas tu satu lagi aktiviti, orienteering. kami sepuluh orang diikat bersama. Ketua dan penolong ketua membawa kami berjalan dan mencari treasure hunt menggunakan kompas dan bearing2 yang di berikan. Untuk aktiviti neh...Angie jadik ketua...walaupown dia baru blajar cara guna kompas. Destinasi akhir dia...dia dalam air...paling tak tahan...dalam kolam ikan. Tapi seb baek la, aku last skalik so turun sket jek. Tapi not bad, walaupon teraba2 dalam gelap dan aku hampir mati terjerut kat tangan aku...tapi aku selamat...kami semua selamat...dan kami dapat number brapa ntah...tapi yang pastinya bukan last...hehehe...

Lepas dari tu, aku lak jadi ketua untuk aktiviti camp site. Kami di minta untuk memasang khemah dan kemudian membakar ayam. Pergh bab memasang khemas takder masalah. Cuma yang mencabar apabila mancis yang kami ada tu basah sebab amek dari dalam kolam tadi. Dari 4 kumpulan, ada satu kumpulan yang mancis nyer tak basah. So kami diskas2, satu ahli kumpulan aku, Zaidi, kami hantar untuk tolong kumpulan tu, dan kemudian kami pinjam mancis diorg. Hehe...dan berbekalkan semangat ahli kumpulan aku, terdapatlah api dan dapat la kami membakar arang2 untuk membakar ayam. Lepas tu, Samsol teruskan membakar ayam, aku memerhati dan yang laen2 di tugaskan ke kolam ikan untuk membuat bendera dan juga memancing ikan. Kami di kehendaki untuk memancing ikan dan buat bendera, esok nak kene tunjuk ikan sapa tangkap paling besar.

So setelah kelima2 kumpulan siap masak...barula kami semua dapat makan. Setelah makan, kami di bahagikan ke khemah2 kami dan kemudian kami di beri masa untuk membersihkan diri dan merehatkan diri. Sebenarnya kami semua mengambil masa 3 jam untuk menyalakan api dan menyelesaikan krisis api dan kami semua hanya dapat makan pada jam 1 pagi.

So dalam kul 2 pg lebey, aku dan ahli kumpulan aku meneruskan perjuangan menyiapkan bendera. Yang ikan tu da settle da. Disebab kan ada yang perlu sentri dari kul 4.30 pg sampai 5pg, aku suro 2 org tido. Tapi disebabkan yang laen2 pown turur letih, mereka pergi tidur. Tinggal aku, Lan dan Angie yang setia menyiapkan bendera sampai kul 4.30 pg.

Elok2 aku baru jer konon2 nak masuk tidur...kul 5 pagi kedengaran siren yang telah dibunyikan oleh si Danny. Isk isk...dia neh..dari siang tadi tak bagi can org nak rehat. Pergh aku ngan kepala yang mcm agak2 ting tong pegi la beratur. Dok depan lak tu. Pergh serabut tul time tu dengar dia bagi syarahan...

Bersambung di siri yang akan datang....

2 komen:

Fazli_bahari said...

Traylaaaaa...tak tahan gitew....miahahahahha

Unknown said...

Hahaha...tray la...la sangat...huhuhuhu...