Monday, September 21, 2015

Throwback REunion AIGS...

Sedang dok plan2 REUNION AIGS 2015 neh...

Terasa macam nak throwback sikit Reunion yang dulu2...

Mini Gathering 2015 - Chillax in Feb

Reunion 2010 - Air Itam Dam

Mini Reunion 2009 - RnR Bagan

Mega Reunion Dinner 2008 (Part 1)
Mega Reunion Dinner 2008 (Part 2)

Harap2 kali ni pun mendapat sambutan yang memberangsangkan...Amin...!!


Reunion AIGS 2015

Hari tu aku pergi sekolah. Hehe.. Pergi melawat cikgu2 aku dulu... sambil melawat sekolah baru yang tersergam indah depan opis aku. Hahaha...

Aku dan Zuraida sebagai pelawat...

Ustaz Adnan yang maintain ja dari dulu

Bersama2 dengan Ustazah Che Maznah (dulu warden kami), Cikgu Mazanah dan Pengetua sekarang

Ini paling legend - Makcik Gayah & Makcik Jamnah..- setia sungguh
Dalam dok bersembang2 dengan cikgu2 dan pengetua, timbullah idea untuk membuat Reunion sambil mengutip sumbangan untuk pembinaan Taman Herba di sekolah. Cikgu pulak kata boleh buat di dewan skolah..pergh...sangat berbesar hati..dapat lokasi free... hehehe... syukur....!!

So, dari situ la start nya gerakan mengadakan Reunion AIGS 2015 ini. Dan sengaja di bukakan kepada semua batch semoga lebih meriah. Bakal juga menjemput cikgu2 dari dulu hingga kini. Harap2 semuanya berjalan lancar.

Apapun... jom hidupkan #reunionAIGS2015


Tuesday, August 25, 2015

New Toy!! The Air Fryer....

New "toy" available at home...!!



Ini adalah Buffalo Air Fryer ("BAF").

Baru saja beli ni last weekend. Aku pi dengan mak dan adik aku. Kedai Buffalo Cookware kat area2 Queensbay Mall.


Memang da lama plan nak beli air fryer, tapi tak tau ok atau tak...and tak sure brand mana yang ok. So baru2 ni terjumpa member aku yg baru ja beli air fryer dan dia recommend aku beli BAF neh. Dia da buat research lama gak...then dia decide pakai BAF dan tak menyesal la.

Belum try banyak benda lagi. Baru try goreng ayam, ikan, sotong, dan udang saja.. sedap..



Insyallah akan cuba macam2 lagi dengan BAF neh. Let's go for healthy food lifestyle... hahaha... kita tengok la setakat mana semangat ini akan bertahan ya... Insyallah...



Monday, April 6, 2015

GST: Adik aku kena tipu!!

Kepada rakan2 sekalian yang duduk area Seberang Jaya, jangan topup Touch n Go di Petron Tenggiri.

Adik aku pi topup Touch n Go RM50 kat sana, dan kena GST RM3 (6% x RM50). Ini adalah sangat salah..!!

GST sepatutnya hanya dikenakan ke atas service charge yang RM0.53 tu sahaja. So, hati2 dan jangan tertipu.


Nampak sah2 kat situ tulis "Pre-Paid Tel". Yang jaga masa tu Bangla...so adik aku malas la nak gaduh2 ngan dia...dia bukan paham pun..dia cakap bos dia yang kata kena charge GST... 

p/s: Jangan risau, aku da laporkan ke kastam pasal hal ni...tengok apa kata depa nanti... haih..!!

Saturday, April 4, 2015

GST: Mari kita check resit pembelian!

Aku baru "berpeluang" membayar beberapa resit GST sepanjang 4 hari ni.

Ini antara yang aku boleh share:

1. Guardian Health Beauty Sdn Bhd (GST ID: 000899874816)

 
  • GST ID No. - ok  [check post aku sebelum ni untuk Semak GST ID]
  • Nama company - ok
  • GST amaun - RM33.40 x 6% = RM2 - ok
  • Harga display di rak - RM35.40 (RM33.40 + RM2) - GST inclusive - ok
  • Jenis resit - GST inclusive (amaun GST sudah termasuk di dalam item barang)
  • Ada tanda "S" untuk item yang standard-rated 6%


2.  KFC (Peninsular Malaysia) Sdn Bhd (GST ID: 000947937280)

\











  • GST ID No. - ok 
  • Nama company - ok
  • GST amaun - RM14.86 x 6% = RM0.89 - ok
  • Harga display - RM10.95 + RM1.30 + RM3.50 = RM15.75 (RM14.86 + RM0.89) - GST inclusive - ok
  • Jenis resit - GST inclusive (amaun GST sudah termasuk di dalam item barang)
  • Ada tanda "S" untuk item yang standard-rated 6%

3. Nasi Kandar Merlin (GST ID: 000216842240)


  • GST ID No. - ok 
  • Nama company - ok
  • GST amaun - RM7.50 x 6% = RM0.45 - ok
  • Jenis resit - GST exclusive (amaun GST tidak termasuk di dalam item makanan)

4. Prai Service Station Sdn Bhd (GST ID: 001335398400)












  • GST ID No. - ok 
  • Nama company - ok 
  • GST amaun - no GST - under Relief (RON95 and diesel only) - ok

5. Old Town Kopitiam Butterworth Sdn Bhd (GST ID: 001621835776)












  • GST ID No. - ok 
  • Nama company - ok
  • GST amaun - (RM28.40 + RM2.84) x 6% = RM1.87 - ok
  • Jenis resit - GST exclusive (amaun GST tidak termasuk di dalam item makanan & service charge)
  • Ada tanda "SR" untuk item yang standard-rated 6%

6. AEON Big (M) Sdn Bhd (GST ID: 000641007616)

  • GST ID No. - ok 
  • Nama company - ok
  • Ada tanda "Z" untuk item yang zero-rated 
  • Ada tanda "S" untuk item yang standard-rated 6%
  • Harga display di rak - termasuk GST (jika ada)
  • Jenis resit - GST inclusive (amaun GST sudah termasuk di dalam item barang)
  • Ada summary kat bawah untuk tunjuk berapa jumlah barang yang dibeli adalah dari jenis S dan Z
Setakat ini sahaja resit2 yang aku ada setakat ini. Lain kali kita cuba tengok lagi ya....!!