Tuesday, June 30, 2009

TRYLA 2009 again...

Ada yang da komplen...naper aku obses sangat ngan TRYLA 2009 neh...mungkin depa tak penah pi kot..so tatau naper aku suker sgt...lagipon aku mmg suka benda2 camneh...

So tak kesah la..sapa nak baca...meh baca...tamo sudah...

Ini kawan aku Cik Papaya a.k.a. Zilla yang bg gambar neh...

Rupa2nya gambar kami dok buat community project kat sartu rumah org tua2 masuk paper. Gambar neh waktu kami kena complete kan task yang terakhir iaitu cat pagar. Nampak yang kaler2 ijau tu...kami la cat...asalnya berkarat gila...

Task ni adalah task mengejut yang tetiba terpikir nak buat...kami semua da rilek2 tetiba depa nak cat pagar lak...seb baek masuk paper..hahaha....

Monday, June 29, 2009

TRYLA coverage and interview on TV3

Belum lagik nak update pasal hari ketiga...cuma saja nak upload video neh kat sini...untuk tatapan suma...eh jangan lupa...carik...dimana haku..ahaks!! Jumpa tak???



Video ehsan dari Jaidev (kawan seTRYLA ku...hahaha)

Saturday, June 27, 2009

MIM-TRYLA 2009 - Hari Kedua

Okay bersambung dari siri sebelum ini...hahaha...

So dalam keadaan kepala yang aku yang agak ting tong kerana tak sempat nak tidur...dan mendengar syarahan2 daripada Danny...pergh...dengan aku yang berada di depan skalik...ngantok gak beb...

Lepas syarahan2...kami dilepaskan untuk bersiap2 untuk kawad jam 6.30 pagi. So aku pown gi tukar2 baju...kemas2 khemah sket...khemah yang aku tak tidur tu...hahaha...

So kul 6.30pagi kami berkumpul, di kenalkan kepada Tuan Hamid, Cikgu Ad dan Cikgu Dina. Mereka neh dari Maktab Penjara dan di sini untuk ajar kami kawad. So kami pown di ajar untuk senang diri, cepat jalan dan beberapa basic kawad. Dalam tengah berdiri dalam keadaan senang diri tu...dan cikgu2 ngah explain kat depan...leh lak...aku tetiba pening2...kepala da berpeluh2...rasa mcm nk jatuh...aku panggey Cikgu Dina...dia bawak aku gi ke belakang...duduk2...Pergh...seb baek tak pitam dowh...aku da risau gak... Aku duduk blakang...lepak2 ngan Doris ngan Mr Puspa. Hurm...diorg bagi minyak cap kapak...aku bukak cap aku...boh minyak sket2...rilek2...amek nafas...

Lepas dalam 15 ke 20 menet kot aku duduk2 aku dah macam okay. Lagipown..aku suka kawad...so aku nak sgt masuk balik dalam line...hehehe...dah aku gi depan...Cikgu Dina suro aku duduk lak dulu kat kusi depan...tgk dan dgr apa kawan2 aku ngan berlatih dan belajar. Hurm...lepas 5 - 10 menet, aku join balik line aku...masa tu aku masuk kat Platun A. Hehehe...kawad punya kawad...dah kul 8 lebey, kitorg benti untuk breakfast. Kengkawan sumer pakat dok tanya...aku okay ke tak...aku pown tak sure la..ini disebab kan aku tak cukup tidur ke...tapi aku rasa tak...aku rasa mungkin sebab panas jek...then pakai cap lak tu...lama ar tak berjemur tgh panas.

Lepas breakfast...kami teruskan dengan aktiviti seterusnya...iaitu...PAINTBALL!! Hahaha...teringin aku nak maen neh...kitorg kene split kepada 2 group kecik. So, Team A, aku, Samsol, Zaidi, Yenn ngan Zilla. Team B, Lan, Vishnu, Kantha, Gan dan Angie. Hurm...maen punya maen...okay la..satu team maen 2 game. Team A menang satu...kalah satu...Tapi Team B, menang dua2 game. So secara keseluruhannya...Group 5 dpt tempat kedua (mcm aku nyanyi dalam boria tu la). Hehehe....

Lepas dari tu...kami lunch...lepas lunch...bersedia untuk aktiviti seterusnya.... RIVER RAFTING! Pergh...da la kena ikat sendiri...dia bagi 6 bijik tayar ngan 5 keping papan. kami di ajar teknik mengikat dan lepas tu kene ikat sendiri. Lepas siap2 ikat...kami pown pakai life jacket. Then angkat rakit kami tu letak atas lori. Masa ngah tunggu2 tu...boleh pulak..ujan...pergh..mencabar minda tul....kami semua di arahkan naik bas untuk ke destinasi bertolak. Huhuhu...

Pergh...sampai2 tu kami pun susun2 strategi la..kat mana duduk. Dan kami pown masuk air...dan beratur untuk bersedia bertolak. Pergh...air sejuk nak mampos...arus pown deras...Takper la..dengan pasrah, port paling last adalah untuk aku...iaitu depan skalik tgh2. aku tak kesah la...dok jer la...cuma kena pastikan aku tak tercampak mula2 la....hahaha...

Bila da start tu...okay la...aku takut gak. hahaha...sebab aku org yang pertama nampak apa2...tapi okay la...Samsol ngan Kantha kat depan neh pown...dengan penuh semangat nyer mendayung. Tapi kelakar la...beberapa kali rakit kitorg terpusing sampaikan aku termengadap ke belakang...hahaha blasah jer la...tapi aku tak tahu la...bila masa dan ketika nya bendera berada di tangan aku. masa tu bendera tu da basah lencun. Aku pun dengan sedaya upaya nya cuba mengibarkan bendera itu dan mengeringkannya. Masa rafting tu...beberapa kali kami semua kene turun rakit sebab air cetek sangat. Dan aku rasa lebih sepuluh kali kot kami tertinggal Vishnu sebab dia terhanyut kat blakang...hahaha...tapi walau apapun...group aku tetap akan berhenti dan tunggu dia. Kat sini...Kantha slalu kata..."Dont worry Kantha is here" Pergh...cara dia cakap tu mcm hero hindustan. hahaha...tapi okay la...kami semua selamat smpai...in one piece. Haha..mungkin ada kot sorg dua terkena batu kat kaki....ada yg batu kene bontot....haahha...tapi...itu lah pengalaman....kan kan kan....

Smpai kat destinasi tu ada lak kolam air panas....kami semua mengambil peluang untuk merendam kaki...pergh...nikmat giler time tu...hahahaha....lepas tu..naek bas..dan kembalik ker Nur Pangsun....Kami makan petang...dan kemas barang....bersedia untuk bertolak ke Maktab Penjara Kajang....

Sampai kat Maktab Penjara Kajang tu...kami di beri masa untuk mandi...tukar baju...

Kat Maktab Penjara Kajang neh...ada pantang larang nyer..dari bangunan ke bangunan takley jalan2...kene kawad...t-shirt kene tuck-in, tudung kena pakai dalam baju. Pergh strict agak2 la jugak...tapi kalo korg tgk pelatih2 penjara yang ada kat sana...hurm...mcm agak strict dan kagum aku tgk diorg neh boleh jadik begitu berdisiplin. Diorg makan...takde sembang2...5 menet jek...pergh...

Bilik hostel dia...amat2 selesa...satu bilik dua org...ada tv..ada aircond...ada toilet dalam bilik...ada water heater...hahaha...mmg mantap...

Lepas dinner..kitorg ada speaker session....lepas tu..habes kul 1pg...then baru leh balik TIDO....

Esok! Kul 6.30 pagi kawad...so kena berkumpul kat bawah kul 6.15pg....wah wah wah...

Bersambung.....

Friday, June 26, 2009

MIM-TRYLA 2009 - Hari Pertama

Aku kluar dari Hotel Plaza jam 8.30pg. Menaiki teksi yang charge aku RM25 untuk ke bangunan MIM, Jalan Ampang sebab dia kata jalan jem la...apa la..

Sampai kat sana...aku di tunjukkan ke tingkat atas untuk register. Lepas register, masuk dalam satu bilik seminar, dan di beri 2 helai t-shirt ngan satu tracksuit TRYLA 2009. Beg2 kami di arahkan untuk diletakkan di situ dan dilabelkan. Kami juga di minta untuk menukar baju dan suar yg telah diberikan...

Lepas tukar baju, diorg suro naek tingkat atas lagi. Ada makan2. Aku da breakfast da pagi td kat hotel so aku malas la nak makan. So, aku terus masuk ke dalam dewan dan mengambil tempat duduk. Disebabkan aku tak kenal sapa2.. dan org len mcm dah duduk2 ngan geng2, aku pown mengambil tempat yg takder org duduk lagik.

Setelah semua selesai makan, sesi introduction pown bermula. Kami di brief kan sedikit sebanyak tentang rules dan regulation. Lepas tu kami di minta untuk mencari kumpulan berdasarkan warna yang telah dilekatkan di belakang tag kami. Aku pown belek2...aku nyer kaler pink dan ada tulisan golf.

Setelah mencari2, aku pown duduk la ngan group aku di satu penjuru. Kami pown berkenalan la sikit2, just tahu nama. Kumpulan lima, aku, Angie, Gan, Yenn, Zilla, Samsol, Lan, Kantha, Vishnu dan Zaidi. Then kami di minta untuk menggayakan apa saja sukan yang di tulis, iaitu untuk kumpulan aku, GOLF. Kumpulan aku pown..menggayakan ar...macam org pukul bola golf...hehehe...

Lepas tu ada sikit sesi memperkenalkan diri...then ada Opening Ceremony...ucapan oleh beberapa org VIP. Lepas ucapan, ucapan dan ucapan, kami keluar untuk sesi fotografi. Lepas tu...LUNCH!!

Lepas lunch kami di suruh ambil beg dan tunggu di luar. Nampak ada 2 bas Jabatan Penjara...naik bas ikut kumpulan. Tapi masa tu lum kenal2 sangat..so mcm tak brapa bising la...

Kami di bawa ke Eco Resort, Nur Lembah Pangsun. Kat situ, kami kene simpan beg dalam satu dewan dan berkumpul mengikut kumpulan. Dari situ, kami menjalankan aktiviti pertama kami sebagai satu kumpulan...JUNGLE TREKKING. Jungle trekking...dengan tugasan membawa sebaldi air turun dari atas bukit tu. So disebab kan kumpulan aku kumpulan ke-5, kami mulakan jungle trekking tu last skalik. Walaupown ni tugasan pertama, kami da bekerjasama dan bergilir mengangkat baldi yg berisi air tu...bangga aku ngan group haku neh...hahahha...

Setelah sampai ke destinasi, rupa2nya dia bukan mencari air yang paling penuh, tapi yang paling sikit. Kira seb baek la jugak, group aku dapat number 3 kot.

Kami di beri masa untuk makan petang...

Lepas dari tu, kami kene Obstacle dan Game. Kami start dengan men paip lubang2 kene isi air dan kuarkan bola ping pong. Lepas tu kami maen "Out of the Box". Kene kuarkan baldi berisi air dari satu kawasan dengan menggunakan 2 tali dan perlukan 3 cara. Lepas tu sesi angkat bola golf dan bola pingpong pakai 10 tali. Then baru ke obstacle. Pergh penat gak...sampai gelap ar...

Lepas tu satu lagi aktiviti, orienteering. kami sepuluh orang diikat bersama. Ketua dan penolong ketua membawa kami berjalan dan mencari treasure hunt menggunakan kompas dan bearing2 yang di berikan. Untuk aktiviti neh...Angie jadik ketua...walaupown dia baru blajar cara guna kompas. Destinasi akhir dia...dia dalam air...paling tak tahan...dalam kolam ikan. Tapi seb baek la, aku last skalik so turun sket jek. Tapi not bad, walaupon teraba2 dalam gelap dan aku hampir mati terjerut kat tangan aku...tapi aku selamat...kami semua selamat...dan kami dapat number brapa ntah...tapi yang pastinya bukan last...hehehe...

Lepas dari tu, aku lak jadi ketua untuk aktiviti camp site. Kami di minta untuk memasang khemah dan kemudian membakar ayam. Pergh bab memasang khemas takder masalah. Cuma yang mencabar apabila mancis yang kami ada tu basah sebab amek dari dalam kolam tadi. Dari 4 kumpulan, ada satu kumpulan yang mancis nyer tak basah. So kami diskas2, satu ahli kumpulan aku, Zaidi, kami hantar untuk tolong kumpulan tu, dan kemudian kami pinjam mancis diorg. Hehe...dan berbekalkan semangat ahli kumpulan aku, terdapatlah api dan dapat la kami membakar arang2 untuk membakar ayam. Lepas tu, Samsol teruskan membakar ayam, aku memerhati dan yang laen2 di tugaskan ke kolam ikan untuk membuat bendera dan juga memancing ikan. Kami di kehendaki untuk memancing ikan dan buat bendera, esok nak kene tunjuk ikan sapa tangkap paling besar.

So setelah kelima2 kumpulan siap masak...barula kami semua dapat makan. Setelah makan, kami di bahagikan ke khemah2 kami dan kemudian kami di beri masa untuk membersihkan diri dan merehatkan diri. Sebenarnya kami semua mengambil masa 3 jam untuk menyalakan api dan menyelesaikan krisis api dan kami semua hanya dapat makan pada jam 1 pagi.

So dalam kul 2 pg lebey, aku dan ahli kumpulan aku meneruskan perjuangan menyiapkan bendera. Yang ikan tu da settle da. Disebab kan ada yang perlu sentri dari kul 4.30 pg sampai 5pg, aku suro 2 org tido. Tapi disebabkan yang laen2 pown turur letih, mereka pergi tidur. Tinggal aku, Lan dan Angie yang setia menyiapkan bendera sampai kul 4.30 pg.

Elok2 aku baru jer konon2 nak masuk tidur...kul 5 pagi kedengaran siren yang telah dibunyikan oleh si Danny. Isk isk...dia neh..dari siang tadi tak bagi can org nak rehat. Pergh aku ngan kepala yang mcm agak2 ting tong pegi la beratur. Dok depan lak tu. Pergh serabut tul time tu dengar dia bagi syarahan...

Bersambung di siri yang akan datang....

Thursday, June 25, 2009

Boria TRYLA

Salam sejahtera kami ucapkan
Kepada semua kami muliakan
Boria TRYLA kami persembahkan
Mari tengok jangan malu jangan segan

Kami semua peserta TRYLA
Kumpulan 5 yang slalu berjaya
Memancing ikan dapat talapia
Main paintball pula dapat nombor dua

Hari pertama semua panjat bukit
Habislah kaki semua sakit2
Tapi gembira bila kita berakit
Sampai semua pakat terpekik

Hari kedua semua blajar kawad
Sampailah kaki dah naik ketuat
Walau kena marah kami tetap taat
Hati gembira bila dapat reward

Maktab Penjara Kajang menjadi saksi
Tempat kami menonjolkan diri
Thank you MIM dan juga Masterskill
Memberi peluang kepada kami

(Rap)

Sekian dahulu persembahan kami
Smoga dapat kita berjumpa lagi
Izinkan kami mengundur diri
Boria TRYLA sampai di sini

p/s: Hakcipta terpelihara oleh Full Swing, TRYLA 2009

Wednesday, June 24, 2009

Satu Suara

Ini adalah lagu tema untuk TRYLA 2009. Kami semua telah nyanyikan lagu neh ketika closing ceremony di MIM....akan cuba dapatkan video untuk ni dan upload later...for now...here is the original version...actually kami pown hari tu miming jek lebey...cuma tang part chorus ja suma pakat2 nyanyi...hehehe tapi btul la...mcm semangat ja nyanyi lagu neh...walaupon lirik mcm tau sikit2...hehehe ...blasah saja...


TRYLA 2009

Wow...dah seminggu berlalu...tak sangka sekejap ja da habes...

Tak sangka kan...dalam masa seminggu ja...mcm2 da aku blaja...dari menjadi ketua...sehingga ke perwatakan manusia...dan juga persahabatan...

Sesungguhnya...mmg BEST!! hehehe...

Nanti aku akan ceritakan dengan lebey lanjut..bila aku da dapat gambar2 sumer...

Buat masa skang neh aku ada beberapa keping gambar ja yang di ambil masa ujung2 kursus tu...

secara brief...

Hari Pertama
1. Pendaftaran - lokasi: MIM office, Jalan Ampang
2. OPening ceremony
3. Gerak to Eco-Resort - Nur Lembah Pangsun
4. Jungle trekking
5. Obstacle
6. Treasure Hunt (orienteering)
7. Cooking (we take 3 hours to light up the fire)
8. Setting up the tent
9. Dinner
10. Prepare flag
11. Fishing

Hari Kedua
1. kawad
2. paintball
3. river rafting (kat sg ulu langat)
4. Gerak to Maktab Penjara Kajang
5. lecture...and blah..blah...blah...

Hari Ketiga
1. Kawad @ 6.30 in the morning..
2. speaker session

Hari keempat
1. kawad 6.30 pagi
2. speaker session
3. preparation for community project

Hari kelima
1. kawad 6.30 am
2. community project till evening
3. debrief on the community project
4. preparation for closing dinner

Hari ke-enam
1. kawad 6.30 pagi
2. prepare for closing dinner performance
3. speaker session
4. closing dinner

Hari ketujuh
1. bonding session - photography session
2. additional award session - yang ni aku dapat best performer award (aku lead boria malam closing dinner..hahaha)
3. travel back to MIM
4. balik la...

Untuk aktiviti2 kat atas neh...kami di bahagikan jugak kepada 5 group...
Aku group 5...kami menamakan group kami sebagai FULL SWING...pergh..bunyik cam hebat kan???

Ni kat bawah ada gambar group aku di hari terakhir bersama2 ngan bendera kebanggaan kami yang telah pown bersama2 melalui liku2 hidup kami semua selama seminggu...hahahaha...



Okay la..nanti2 kalo ada masa...aku update lagik citer2 neh...especially lepas aku dapat gambar2....huhu...miss everyone in TRYLA 2009...

Monday, June 15, 2009

YEAY!!!

Esok aku da nak turun KL!!!!

Hahaha....aku excited sebab...aku takyah KERJA!!!

Seminggu dua neh dok ofis...mcm sakit hati ja...so...aku leh rilek kan kepala hutak aku dari kerja..selama sminggu...wah2 tak ternilai...

Aku pown excited gak...sebab esok...ada sesuatu akan terjadi...tapi nanti2 la aku citer k...hahaha..

Aku excited gak sebab nak g TRYLA...dunno what to expect...hope to get new frenss and enjoy myself!!!

Hurm....this may be my last post!!! Arghh...gonna miss my BLOG, MS, FB...especially YM!!!

See u guys....in a week!!!

Saturday, June 13, 2009

Jalan-jalan 7 June 2009

Ni gambar2 minggu lepas....

Ujung minggu lepas...hari Ahad...7 June 2009....

Kenduri kawen member UIA aku...Faizal..

Aku dan kawan2 ofis aku dapat jemputan...

So kami berempat pown pergi la...




Lepas kenduri tu...kami berempat pegi ke Jusco Bandar Perda..untuk membeli kasut ngan suar (mcm post aku dulu)...heheheh....

Ini beberapa gambar kami kat Jusco....hhehe...sambil2 tunggu abang jaga kaunter pi check harga kasut aku....ada ke..sepatutnya kasut tu...RM149.90...diskaun 70% so harga dia dalam RM42 lbey...abg tu leh scan harga apa ntah...then less 70%....tinggal kasut sport harge RM17 jek...terkejut aku masa bayar tu...

Dengan muka yang agak blur aku pi kat member2 aku cerita...then sebabkan aku takut aku takkan tenang...hehehe..aku pown pi la tanya balik kat abg tu...dia pown pi la tanya budk2 promoter tu...ade ke patut...bdk2 tu dok maen sticker harga tu..so depa lekat mcm2 harga kat kutak kasut tu...hahaha...mcm2 hal...



Friday, June 12, 2009

Pantaskah aku?

Aku jalan2 di blog Puan Liz tadik...dan juper bende alah neh...aku pown try la...hehehe...

Ia adalah ujian menguji kelajuan menaip...hahaha..pelannya aku taip...isk isk..naip blog laju la pulak...mungkin sebab segala perkataan dalam kepala hotak kot...hehehe...

Okay la...result aku adalah seperti berikut...

Kamu mencapai 240 markah, jadi kamu berada di posisi 15731 dari 124368 dalam senarai kedudukan


Kamu menaip 298 aksara seminit
you mendapat 47 perkataan betul dan
kamu mendapat 0 perkataan salah


47 perkataan

Speedtest

Thursday, June 11, 2009

wutsLeft TAGGED haku...isk isk...

Being Tagged by wutsLeft...

Instruction:

Go to your photos folder in your computer.
Go to the 6th folder of photos.
Go to the 6th picture in that folder.
Put the picture on your blog and a description of it.
Invite six friends to join the challenge.
Link them in your blog and let them know they have been challenged.



Hawere, Dila, Fah, Aku, Anan, Cik Ida, Bai

Ni gambar masa kat UIA dulu...tak silap aku..Cik Ida bawak kamera untuk apa ntah...so kami pown bergambar lak skalik...ahaks!


Aku tag:-
1. ct
2. Tun Mamat
3. Sekai
4. Zarith
5. Azierah
6. Zie

Sunday, June 7, 2009

Gambar2

Post kali neh....aku just nk upload gambar2 jek...let the picture tell da story..k...hahahah...yer la sangat...

Ini gambar Sue kawen...aku ada satu jer sebab aku tak bawak kamera...aku pakai henpon jek...so aku amek sekeping jer la..hehehhe...



Ini lak antara barang2 yang aku baru beli (dalam post aku yg sbelum neh)...



T-shirt kunen, kasut sport putih biru ngan kasut sport putih kunen...

Laporan kerosakan

Kejadian 1

Hari: Sabtu
Tarikh: 6 Jun 2009
Lokasi: Sunway Carnival
Bersama: Hadi (adik lelaki aku) & Mak (mak aku laaaa)

Laporan kejadian: Sepasang kasut sport, sehelai suar track itam, 3 pasang stokin, sehelai t-shirt dalam (inner) dan sepasang stokin tangan telah berjaya menjadi milik haku...

Kerosakan: Kasut - RM40 lebey / suar track - RM30 lebey / stokin - RM10 (3 pasang) / Inner - RM18 / stokin tangan - RM5

Jumlah keseluruhan: hampir RM100...

===========================================================

Kejadian 2

Hari: Ahad
Tarikh: 7 Jun 2009
Lokasi: Jusco Bandar Perda
Bersama: Nisha, Haida & Kak Miza

Laporan kejadian: Sehelai suar track suit (jalur kunen), sehelai t-shirt berkolar kunen, sepasang kasut puteh berjalur kunen, mosquito repellant dan panadol extent telah pown menjadi milik haku...

Kerosakan: suar - RM36 / t-shirt - RM30 lebey / kasut - RM44 / mosq repellant & panadol extent - RM15

Jumlah keseluruhan - RM130 lebey

==========================================================

Di atas adalah laporan kerosakan terhadap beg duit haku...

Untuk pengetahuan semua...Diyana bukanlah seorang yang suka bershopping...

Tetapi apa yang di beli di atas semuanya adalah kerna terpaksa...hahaha...siyes...

Kalo ada yang da baca post sebelum neh...ni sumer adalah barang2 yang aku terpaksa bawak untuk ke TRYLA...

So...takpa la..sesekali kan...(tapi aku still tatau la nanti aku nk wat apa ngan 2 pasang kasut sport tu)...

Yeah...aku da bersemangat nk pegi neh...banyak barang2 baru...hurm...muat ke aku nak masukkan dalam beg haku neh...dah la takley la nak bawak beg besar2 sangat...bukan apa..kang aku sendiri gak yang tak larat nak bawak...hehehe...so kena la berpada2 sket...

Kengkawan...doakan semoga aku dapat gumbira di sana eh...tak sabar gak neh....isk isk...

Mesti rindu ngan blog haku nanti...hurm...seminggu takley online...hurm camna eh...YM lagik...FB...hurm...myspace...isk isk...

Saturday, June 6, 2009

Sekadar meng'update'...

Hurm...lama rasanya tak menaip di sini kan...
Mcm2 perkara da berlaku dalam beberapa hari neh...

Yang aku da update..mengenai TRYLA tu..
Maybe I am thinking too much la...
Dah tanya bebudak yang pernah pegi tahun2 sebelum neh...
Depa kata sangat fun...
So skang aku ngah nk meng'excited'kan diri aku untuk pegi...hahaha...
Yes Diyana...enjoy urself...

Selaen dari tu...
4 June 2009...Ex-bf aku da akad nikah dengan tunang dia (eh skang isteri dia la)
Walaupown da putus selama...2 thn lebey...kami maseh kawan...
Majlis kenduri kawen dia esok..7 Jun 2009..
Tapi maaf la..aku ada kenduri kawen member aku kat sini..
So tak dapat la aku nak pegi sampai ke Teluk Intan nu..terlalu jauh rasanya...
Apapun...aku ucapkan yang terbaek untuk diorg...
Selamat Pengantin Baru untuk Shahrul Anuar dan pasangannya Azlinda..
Semoga berbahagia ke akhir hayat...
Hurm...aku bila lak eh?hehehe...ntah la...

Esok majlis kenduri kawen kawan aku..Faizal..kawan se-UIA...hehehe...
Insyallah aku akan menghadirkan diri ke majlis tu esok bersama kawan2 yang laen...
Kalo aku sempat amek gambar esok..insyallah...pasti aku akan letak kat sini...
Sama juga.."Selamat Pengantin Baru...Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.."

Kerja lak...
Skang neh..ntah la..aku rasakan mcm terlalu banyak kerja..
Dan prestasi aku macam makin menurun...ntah la..
Suma pown takley nak deliver..
Diyana...diyana...apa nak jadik eh?
Tanggungjawab baru untuk menjaga bdk2 praktikal...
Itu pown aku rasa mcm aku kurang berjaya...
Ada saja komplen mengenai bdk2 praktikal tu..
Aku pown tatau la..salah aku kah? Mungkin aku tak pandai nk ngajar org kot?
Isk isk..mungkin kot...

Famili...suma okay...alhamdulillah...
Adik ppuan aku dah balik uitm shah alam minggu lepas...
Adik lelaki aku..ada ja kat umah neh...ngah layan Formula 1...
Mak ngah masak kat dapur...
Abah..ngah layan Formula 1 (dia yang tgk sebenarnya..org laen terpaksa tgk..ahaks!)
Aku? Ngah online...sambil konon2 layan Formula 1...

Wednesday, June 3, 2009

Kenduri kawen Sue...30 May 2009

Hujung minggu lepas aku pergi kenduri kawen kawan skulah aku...Subaidah Abdullah..

Kenduri dia kat Permatang Buluh, Kepala Batas...


Yang hadir...aku,Reena ngan Intan...kami lepas kat situ..pergh..aku rasa agak lama gak la...dari kul 12...sampai kul 4 ptg...pergh...

Sampai cik Reena kita terjadik pengapit bidang terjun..ahaks..okay la tu Reena..pengalaman baru untuk hang...saja nak bg ang amek berkat....

Hurm...ada juga jumpa Rohaizza...dia ada mai sat...dan jupa dia ngan mak dia..

Yang lelaen...yang aku tau...zuraida mai lewat sket..tak dapek aku nak nunggu...dah kul 4ptg tu

Apapun..kepada Sue..tahniah...selamat pengantin baru...sowi la..kitorg amek sendirik je bunga telur yang kami berkenan kat depan2 pelamin tu...

Kepada kengkawan laen yang juga melangsungkan perkahwinan yang aku tak dapat hadir...maaf...Selamat pengantin baru...

Kepada kengkawan laen yang belum kenduri...jangan lupa jemput haku...k...



Album Sue Kawen

Tuesday, June 2, 2009

MIM-TRYLA 2009 (Part 2)

Sambungan daripada post sebelum neh..berkenaan MIM-TRYLA...

Mesti ramai yg terfikir2...menatang apa la TRYLA tu...

Ekceli aku telah dihantar oleh direktor haku untuk men'join' satu training yang di konduk oleh MIM...

So training neh adalah untuk melatih menjadik Leader...TRYLA tu stands for Tunku Rahman Youth Leadership Award....

TRLA ni selama seminggu...so aku takkan online dari 16 june hingga 23 june 2009...

Aku akan mendaftarkan diri di MIM management house di Jalan Ampang...jam 8.30 - 9.30 pagi...Di situ akan diadakan Opening Ceremony...lepas tu...tak sure lak aku ke mana kami akan di bawa...dan seterusnya..selama seminggu..

Pada 22 June 2009 tu...akan diadakan Closing Ceremony Dinner...yang akan di sertai VIP dan jugak guests2 jemputan...

Hurm..mcm not bad la..tapi tadik aku da baca dia punya rules and regulations..perghh..

1. No henpon for 1 week?? All henpon need to be hand-in to the faci until after finish the TRYLA.

2. Kena bawak 2 pasang kasut sukan.....dah la nak dua pasang...only kaler putih lak tu???

3. T-Shirt berkolar sahaja di benarkan...waduh2...

4. Tudung...kaler putih sahaja dibenarkan...isk isk...

5. Kamera pown tak dibenarkan...kononnya pihak MIM akan mengambil gambar yang secukupnya dan akan di share kan ngan sumer..

6. tadi kata kena bawak 2 pasang kasut sukan..lepas tu kena bawak 1 kasut toilet...tak lupa jugak..1 pasang kasut untuk closing ceremony.. pergh.. giler banyak kasut?

7. Laundry on your own...hahaha..itu pown depa nak bgtau...naper tak bgtau ironing skalik...hehehe...

8. Before pergi..kami kena siapkan satu esei berkenaan ngan local atau global leader berkenaan dengan sumbangan dia...dan submit waktu registration...pergh...pening2...

So disebabkan beberapa faktor di atas...aku da mcm berat hati sket2 nak pegi..tapi takper la...hope aku akan dapat pengalaman menarik nanti...

Apapun..doakan yang terbaik untuk ku..isk isk...mcm nak pegi mana2 ja...

Hahaha...dun worry...akan ku update di sini lepas aku balik nanti...
Betul2 aku harap aku akan dapat enjoy dan belajar sesuatu nanti...hurm...

Ada sapa2 yang pernah pegi? Ada apa2 suggestion?

MIM-TRYLA 2009

Dear Nur Diyana,

Congratulations! We are pleased to confirm that you have been selected to participate in this year's MIM-Masterskill Youth Leadership Development Programme (MIM-TRYLA 2009).
Please refer attached for your guidelines and the rules & regulations.
We will also send you the attached documents by post.

Best regards,
Ms XX
Executive
Marketing Communications & Events
Malaysian Institute of Management

Monday, June 1, 2009

Layout baru...

Sebenarnya aku da lama gak nak tukar2 layout..tapi tak tertukar2...

So bila sahabat aku...ajiem meng'hint' aku untuk tukar layout...aku pown meneruskan niat murni haku...

Setelah survey punya survey....ini yang aku jumpa...

Amcm okay tak? Need feedback....

Agak2 layout neh...mcm sesuai tak ngan aku???

Aku rasa mcm nak tukar...tapi ngah mencarik lagik layout2 yang best...

So kalo ada suggestion...bgtau la eh...

p/s: aku bukan mcm kawan aku sorg tu...pandai design2...so leh letak gambar sendiri jek kat blog tu...tunggu la..nanti aku abes blaja ngedit gambar...siappp ko...hahaha...