Saturday, January 28, 2012

[Updated] Masak memasak - Makaroni Bakar & Puding Laici

Minggu lepas aku wat Makaroni Bakar...heheh ikot resipi dalam buku yang aku post sebelum neh...

Malas citer panjang...leh tunjuk gambo jer la..hahaha..alhamdulillah la..sedap gak ar..ahaks!!



Ni hari ni lak, aku baru jer habeh buat Puding Laici..nyum nyum!


Ni percubaan pertama...mcm ok gak la..hehehe...

Updated at 5.00pm:
Erm, ada yg request resipi puding laici neh..so here it is.. Sharing is caring kan..ahaks!

Bahan-bahan
10gram serbuk agar2 (1 paket)
2 liter air (8 cawan air)
2 cawan gula halus
2 tin laici (di dalam tin) - diasingkan airnya
1 tin susu cair (400 ml atau 400gm)

Cara membuat
1. Masakkan serbuk agar2, air dan gula sehingga mendidih.
2. Tutupkan api. Kemudian masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
3. Tuangkan ke dalam acuan.
4. Masukkan buah laici yg dah diasingkan tadi ikot selera (kalau tak nak, boleh letak berasingan sewaktu menghidang).
5. Apabila sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk.
6. Siap di hidangkan.

Updated at 11.00pm
Okies..ni lak request dari member aku lagik..hahaha,. resipi Makaroni Bakar laks..

Bahan A
1/2 paket makaroni (direbus hingga lembut)
1 sudu makan minyak jagung
125 gram keju Cheddar (diparut)
5 biji telur
1 cawan susu segar
50 gram daun parsli (di cincang)
garam & lada secukup rasa

Bahan B (Sos putih)
1 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan tepung gandum
1/2 cawan susu segar

Bahan C (untuk inti)
300 gram daging kisar
10 biji cendawan butang (dipotong kecil)
1 ulas bawang putih (di cincang halus)
3 biji tomato
1 labu bawang besar
1 biji capsicum merah (dipotong dadu)
1 biji capsicum hijau (dipotong dadu)
1 biji capsicum kuning (dipotong dadu)
1 sudu makan minyak jagung
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa

Cara membuat Inti
1. Panas kan minyak jagung, kemudian tumis bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan daging kisar, cendawan butang, tomato, garam dan serbuk lada sulah. Kacau rata.
3. Masukkan capsicum merah, ijau dan kuning. (*aku tak letak pun capsicum neh..ok jer*). Kacau rata dan ketepikan.

Cara membuat Sos Putih
1. Panaskan minyak jagung di dalam kuali lain dan masukkan tepung gandum. Kacau rata.
2. Masukkan susu, kacau sehingga sebati dan ketepikan.

Cara membuat Makaroni Bakar
1. Sapukan minyak jagung di dalan mangkuk tahan panas (atau loyang). Kemudian masukkan makaroni rebus dan bahan inti.
2. Tuangkan sos putih ke dalam mangkuk yang berisi makaroni dan inti.
3. Kacau rata telur, susu segar, garam dan lada (ikot citarasa). Masukkan ke dalam mangkuk yang berisi makaroni tadi dan taburkan keju Cheddar dan daun parsli.
4. Bakar di dalam oven yang sudah di panaskan pada suhu 180'C selama 30 minit ataupun sehingga keju keperangan.
5. Sedia di hidangkan....

0 komen: