Sunday, January 29, 2012

Homemade Apam Balik


Bahan A
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
4 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
2 cawan susu segar
1/2 cawan minyak (atau butter)
2 biji telur

Bahan B
1 cawan jagung krim
Gula, kacang (mengikut citarasa)

Cara membuat
1. Gaulkan semua Bahan A dan kacau rata.
2. Panaskan kuali non-stick dan sendukkan adunan.
3. Tutup kuali dan biarkan adunan sehingga hampir masak (akan nampak berlubang2 bila da hampir masak).
4. Letakkan gula, jagung krim, kacang (mengikut citarasa sendiri).
5. Lipat dan hidangkan.

Kejap jer masak apam balik neh...sedap gak..jangan letak banyak sgt adunan tuh..kasik nipis2 jer..tp api kena pelan la jgn kuat sgt..

5 komen:

nurpiska said...

uih,selere tu.

Sandokhan said...

amboi sempoinya. Makanan kegemaran aku ni. Start esok aku nak paksa Hani belajar buat apam balik. Save RM2.40 time pasar malam..

de_are_na said...

hahaha..habeh la..simple ja nk buat tuh...

Sandokhan said...

eh, susah tak nak kalih pakai non-stick pan tu? maksud aku, nak kalih time lipat...kalau susah, aku nak kena pikir alternatif lain nie. (ceh..tiba-tiba semangat!)

de_are_na said...

sebab dia non-stick...senang la nk kalih..huhuh kalo stick...dia melekat2 la kan...