Malam tadi aku n famili pi makan Ketam kat Juru..
Kat situ specialty dia mmg ketam.. Mee Ketam, Nasi Goreng Ketam, Bihun Ketam, Ketam Goreng dan lain lain..
Tapi tu bukan apa yang aku nak cerita sebenaqnya..
Bila aku pi makan ketam neh..tetiba tringat satu nasyid masa zaman2 skolah aku dulu..
Dok terngiang2 kat tlinga aku lirik dia..
"Jangan macam ketam...yang berjalan bengkok..."
Bukan apa..dulu masa skolah kan..kami dok nyanyi lagu neh..tang part ketam neh..boleh lak kami tergelak2..bukan masa prektis saja..masa atas stage pun sama..huhuhu..
So, aku pun pi la tanya pakcik Google kan..so aku jumpa lagu yang penuh..
Harapan Pada Ayah dan Ibu
Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah kami semua
Ajarlah kami
Asuhlah kami
Mengenal tuhan yang esa
Tuntunlah kami hidup akhirat yang lebih utama
Sedarlahkan kami akan tipu daya dunia
Didiklah kami
Asuhlah kami
Dengan penuh kasih sayang
Segala apa kesalahan kami dibetulkan dengan bijaksana
Perkataan maki hamun jangan digunakan
Kerana ia menyalahi sunnag Rasul mulia
Tunjukkanlah kami dengan akhlak mulia
Agar mudah kami menyontohinya
Jangan macam ketam yang berjalan bengkok
Ia mengajar anaknya berjalan lurus
Wahai ibuku wahai ayahku kasihanilah kami
Didiklah kami mengikut cara sunnah Nabi
Janganlah kami dididik secara Yahudi
Kami akan rugi di dunia dan di akhirat
Kenalkanlah kami yang hidup di dunia yang menipu
Asuhilah kami cinta ahirat yang abadi
Akhirat utama dari dunia yang fana
Dunia menipu merosakkan manusia
Itulah harapan kami
Kepada ayah dan ibu
Ayah ibu janganlah kau berkecil hati
Kami memohon ribuan ampun dan maaf pada mu
Disertakan doa kesejahteraan
Kepada ayah dan ibu.
Wahai ibuku wahai ayahku didiklah kami semua
Ajarlah kami asuhlah kami mengenal Tuhan yang Esa
Tuntunlah kami hidup akhirat yang lebih utama
Sedarkanlah kami akan tipu daya dunia
Kenalkanlah kami hidup dunia yang menipu
Asuhilah kami cinta akhirat yang abadi
Akhirat utama dari dunia yang fana
Dunia menipu merosakkan manusia
Itulah Harapan kami pada ayah dan ibu
2 komen:
insaf2 :)
Sesekali kan..
Post a Comment