Wednesday, December 15, 2010

Reunion AlMashoor 2010

Tarikh: 11 Disember 2010
Lokasi: Air Itam Teambuilding Center, Air Itam Dam
Masa: 8pg - 5ptg

Seperti yang da di plan sekian lama..akhirnya berlangsung juga REUNION ALMASHOOR, sempena ngan tahun ke-10 kami meninggalkan sekolah.

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Takder sebarang masalah2 besar yang timbul.

Aku juga nk mengucapkan terima kasih kepada semua kawan2 yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk REUNION kali ini. Tak lupa juga kepada semua kawan2 yang telah menghadirkan diri.

Secara general nya..aktiviti yang di adakan adalah...sesi sembang2, karaoke dan sedikit aktiviti. Eh, tak lupa jugak, sesi posing2. hehehe...

Aku nk mintak maaf gak kalo REUNION kali ni mcm sangat simple n mcm bosan sebab tak banyak aktiviti. Bukan apa, aku tengok kengkawan sumer sibuk bersembang2 n nyanyi2. So, aku rasa lebey baek wat cam rileks2 ja..hehehe..

Beberapa orang da berkata2 berkenaan dengan REUNION tahun depan. Huhuhu. Sejujur2nya, aku da penat la organize REUNION neh. Bukan aku tanak, aku pun mmg nk sangat2 juper kengkawan sumer. Tapi aku harap, kalo ada org laen yg leh organize, aku leh jer tolong2. So, takdela cam berat sangat aku nk wat kan. Apa2 leh consult aku..aku mesti tolong. Tapi nk aku organize, huhuhu seriously letey. So, sesiapa bebudak AlMashoor batch PMR 1998 n SPM 2000 yang ingin meng'volunteer', bgtau eh..nanti aku guide la mcmana nk start.

Kat sini, sekalik lagik aku nk mengucapkan terima kasih kepada sumer kengkawan yang membantu dan juga menghadirkan diri kerana menjayakan REUNION kali ini.

Owh lupa lak..meh aku citer sket sebanyak aktiviti yang kami adakan...

Pagi2 tu..kami sampai, sumer makan breakfast yang telah di bawa oleh Puan Hazirah. Baca btol2 k..di bawa, bukan di masak.hehehe..Bihun goreng singapore (trima kasih gak kepada Mak G-ah yang tolong masak..). Hurm, mmg sedap n delicious.hehehe

Dalam kul 11 lebey ker 12 tghari da eh..kami ada wat cam game2 sket la..Game yang pertama, OH! SEKOLAHKU!. Game ni adalah game jigsaw puzzle ja..bukan mencabar sangat pun..hahaha..ye ker? aku tgk depa2 dok wat tu.mcm mencabar gak la..hehehe..aku dengan sengaja nya tak tunjuk gambar original supaya depa leh pasang sendiri dengan menggunakan memori yang ada...Game neh, pemenang tempat pertama adalah Yusrina n Fadilah. Tempat kedua lak, Subaidah n Aishah (btoi kan? heheh). Erk, ada gak pasangan yang hampir2 takleh complete...huhuh (ke memang tak complete? ahaks!).

Masa main jigsaw puzzle, sampai kena tunjuk gambo pun tak siap2..huhu
(Gambar dari FB Mash - thanks eh Mash!)

Lepas dari tu lak..kami maen teka2 lagu..hurm..yang ni ada gak husband2 yg join..hahaha..tapi aku rasa...husband Hanie ja kot yg ada menjawab soklan. Aku da sediakan lirik2 lagu, dan jugak muzik, depa sume kena teka Tajuk Lagu n juga Penyanyi. Tak silap aku, orang yang paling banyak menang cokelat adalah Puan Hastura. Hehehe..yang kedua terbanyak, mungkin Puan Hanie kot? (ala, itupun laki dia tolong..huhuhu).


Next game..teka2 lagu
(Gambar dari FB Mash - thanks eh Mash!)

Lepas dari game neh, sumer pun excited nk maen lagik, tapi sebab da lunch, kami pun sumer gerak untuk makan lunch yang telah di sediakan oleh pihak Air Itam Teambuilding Center.

Lepas lunch, ada yang pegi solat, ada yang layan karok, dan mcm biasa la...ada yg dok sembang2. Sesambil tuh, aku edarkan kertas undian untuk mengundi anugerah2 yang telah disediakan.

Ni time pagi2, aku karok ngan Has. Time ni je pun sempat karok..
(Gambar dari FB Mash - thanks eh Mash!)

Sambil sembang2, Nurul lak memulakan aktiviti masak memasak bersama Azrani. Makan petang yg telah disediakan oleh mereka, sangat best..chewah..Roti Sanwic Sardin n Kaya. Pergh..makan panas2 memang enak. CCuma geng2 yg dok karok ja..makan yg da sejuk..hahaha..da depa dok layan nyanyi jaa...hahaha

Lepas makan2 kami pun berkumpul untuk memberi penganugerahan kepada orang2 yg telah terpilih. Anugerah2 telah dimenangi seperti berikut:-

Anugerah Masih Seperti Dulu (tak berubah dari zaman skolah) - Diyana Fauzi (aku la..heheh)
Anugerah Sudah Tukar Ka? (sangat berbeza dari zaman sekolah)- Jasmah
Anugerah Pengikut Setia (berpakaian mengikut tema)- G-ah
Anugerah Bonda Mithali - G-ah
Anugerah Khas (sume org pilih sendiri)- Diyana Fauzi (lagi skalik ahaks!)

Lepas sesi penganugerahan, kami pun ke sesi fotografi. Aku nak mintak maaf disini sebab tak semua yg hadir ada gambar kat sini. Tapi jangan risau, gambar2 sewaktu pendaftaran akan di kumpulkan dan akan di letakkan k.


Group photo kami..hehehe..setengah dalam gambo neh da kawen..huhuhu..
(Gambo dari FB Hanie, thanks Hanie)
Lepas neh kami bersurai suda.

Aku nk mintak maaf kepada semua andai lokasi yang aku pilih neh...susah untuk hgpa mai. Hehehe..bukan apa, aku pilih tempat neh sebab dia mcm selesa n permandangan dia sgt cantek. Tak lupa jugak sebab ada bilik karok (mengenangkan kawan2 aku ramai yg suka karok..heheh).

Aku membuka sebarang feedback. Kalo nk komen atau komplen, sila wat skarang. Jangan cakap2 blakang, berdosa k.

Skalik lagi aku nk mengucapkan terima kasih kepada semua. Andai ada salah silap dari aku dan kawan2 yg membantu aku meng'organize' REUNION kali ini, aku ingin memohon maaf. Sesungguh nya yg buruk tu dari kami, yg elok tu dari Allah. Kita hanya merancang dan Allah yang menentukan.

Thanks all frens..miss u ols.

5 komen:

Sandokhan said...

husband hanie radiah telah berjaya meneka 2 lagu dengan betol dan memperolehi 2 coklat yang amat sedap. Walaubagaimanapun, coklat2 tersebut tidak berkesempatan untuk di makan kerana puan Hani dah bantai dlu..suami beliau makan seket aje!...

hahaha..saya amat mengkagumi ke'terer'an husband puan hani...

*wink! wink!

mamaeesya said...

komen di atas mmg sangat menyampahhhsss... hahaha.. puji diri sendiri.. cessss...

Aku suka jer sbb aku pegi bawak diri dan suami dan anak jer.. hahaha.. nak tolong2 tu tak berani nak volunteer sbb hari tu tak confirm pun bleh pi... aku nekad jer register tu.. Alhamdulillah berjaya gak menghadirkan diri...

Unknown said...

sandokhan: pergh..giler la ayat memuji diri sendiri yang sangat di menyampahkan oleh tuan tanah ini..hahaha..

memandangan puan hanie radiah sangat suka cokelat tersebut, mungkin suami hanie radiah patut pergi membeli cokelat tersebut di ruang legar tesco extra seberang jaya..ahaks!

mameesya: thanks sebab hadir gak..ada gak fotografer di pg hari..hehehe..

aida_0707 said...

rugi la aku pi lambat.macam2 aktiviti. kalau sampai awai mesti husband aku tak keluar dari bilik karaoke tu. huhuhu

Unknown said...

zuraida: tak jugak..kebanyakan masa di konker oleh puan hastura, puan yus, puan hanie n puan g-ah...hahahha..