Tuesday, June 30, 2009

TRYLA 2009 again...

Ada yang da komplen...naper aku obses sangat ngan TRYLA 2009 neh...mungkin depa tak penah pi kot..so tatau naper aku suker sgt...lagipon aku mmg suka benda2 camneh...

So tak kesah la..sapa nak baca...meh baca...tamo sudah...

Ini kawan aku Cik Papaya a.k.a. Zilla yang bg gambar neh...

Rupa2nya gambar kami dok buat community project kat sartu rumah org tua2 masuk paper. Gambar neh waktu kami kena complete kan task yang terakhir iaitu cat pagar. Nampak yang kaler2 ijau tu...kami la cat...asalnya berkarat gila...

Task ni adalah task mengejut yang tetiba terpikir nak buat...kami semua da rilek2 tetiba depa nak cat pagar lak...seb baek masuk paper..hahaha....

Monday, June 29, 2009

TRYLA coverage and interview on TV3

Belum lagik nak update pasal hari ketiga...cuma saja nak upload video neh kat sini...untuk tatapan suma...eh jangan lupa...carik...dimana haku..ahaks!! Jumpa tak???



Video ehsan dari Jaidev (kawan seTRYLA ku...hahaha)

Saturday, June 27, 2009

MIM-TRYLA 2009 - Hari Kedua

Okay bersambung dari siri sebelum ini...hahaha...

So dalam keadaan kepala yang aku yang agak ting tong kerana tak sempat nak tidur...dan mendengar syarahan2 daripada Danny...pergh...dengan aku yang berada di depan skalik...ngantok gak beb...

Lepas syarahan2...kami dilepaskan untuk bersiap2 untuk kawad jam 6.30 pagi. So aku pown gi tukar2 baju...kemas2 khemah sket...khemah yang aku tak tidur tu...hahaha...

So kul 6.30pagi kami berkumpul, di kenalkan kepada Tuan Hamid, Cikgu Ad dan Cikgu Dina. Mereka neh dari Maktab Penjara dan di sini untuk ajar kami kawad. So kami pown di ajar untuk senang diri, cepat jalan dan beberapa basic kawad. Dalam tengah berdiri dalam keadaan senang diri tu...dan cikgu2 ngah explain kat depan...leh lak...aku tetiba pening2...kepala da berpeluh2...rasa mcm nk jatuh...aku panggey Cikgu Dina...dia bawak aku gi ke belakang...duduk2...Pergh...seb baek tak pitam dowh...aku da risau gak... Aku duduk blakang...lepak2 ngan Doris ngan Mr Puspa. Hurm...diorg bagi minyak cap kapak...aku bukak cap aku...boh minyak sket2...rilek2...amek nafas...

Lepas dalam 15 ke 20 menet kot aku duduk2 aku dah macam okay. Lagipown..aku suka kawad...so aku nak sgt masuk balik dalam line...hehehe...dah aku gi depan...Cikgu Dina suro aku duduk lak dulu kat kusi depan...tgk dan dgr apa kawan2 aku ngan berlatih dan belajar. Hurm...lepas 5 - 10 menet, aku join balik line aku...masa tu aku masuk kat Platun A. Hehehe...kawad punya kawad...dah kul 8 lebey, kitorg benti untuk breakfast. Kengkawan sumer pakat dok tanya...aku okay ke tak...aku pown tak sure la..ini disebab kan aku tak cukup tidur ke...tapi aku rasa tak...aku rasa mungkin sebab panas jek...then pakai cap lak tu...lama ar tak berjemur tgh panas.

Lepas breakfast...kami teruskan dengan aktiviti seterusnya...iaitu...PAINTBALL!! Hahaha...teringin aku nak maen neh...kitorg kene split kepada 2 group kecik. So, Team A, aku, Samsol, Zaidi, Yenn ngan Zilla. Team B, Lan, Vishnu, Kantha, Gan dan Angie. Hurm...maen punya maen...okay la..satu team maen 2 game. Team A menang satu...kalah satu...Tapi Team B, menang dua2 game. So secara keseluruhannya...Group 5 dpt tempat kedua (mcm aku nyanyi dalam boria tu la). Hehehe....

Lepas dari tu...kami lunch...lepas lunch...bersedia untuk aktiviti seterusnya.... RIVER RAFTING! Pergh...da la kena ikat sendiri...dia bagi 6 bijik tayar ngan 5 keping papan. kami di ajar teknik mengikat dan lepas tu kene ikat sendiri. Lepas siap2 ikat...kami pown pakai life jacket. Then angkat rakit kami tu letak atas lori. Masa ngah tunggu2 tu...boleh pulak..ujan...pergh..mencabar minda tul....kami semua di arahkan naik bas untuk ke destinasi bertolak. Huhuhu...

Pergh...sampai2 tu kami pun susun2 strategi la..kat mana duduk. Dan kami pown masuk air...dan beratur untuk bersedia bertolak. Pergh...air sejuk nak mampos...arus pown deras...Takper la..dengan pasrah, port paling last adalah untuk aku...iaitu depan skalik tgh2. aku tak kesah la...dok jer la...cuma kena pastikan aku tak tercampak mula2 la....hahaha...

Bila da start tu...okay la...aku takut gak. hahaha...sebab aku org yang pertama nampak apa2...tapi okay la...Samsol ngan Kantha kat depan neh pown...dengan penuh semangat nyer mendayung. Tapi kelakar la...beberapa kali rakit kitorg terpusing sampaikan aku termengadap ke belakang...hahaha blasah jer la...tapi aku tak tahu la...bila masa dan ketika nya bendera berada di tangan aku. masa tu bendera tu da basah lencun. Aku pun dengan sedaya upaya nya cuba mengibarkan bendera itu dan mengeringkannya. Masa rafting tu...beberapa kali kami semua kene turun rakit sebab air cetek sangat. Dan aku rasa lebih sepuluh kali kot kami tertinggal Vishnu sebab dia terhanyut kat blakang...hahaha...tapi walau apapun...group aku tetap akan berhenti dan tunggu dia. Kat sini...Kantha slalu kata..."Dont worry Kantha is here" Pergh...cara dia cakap tu mcm hero hindustan. hahaha...tapi okay la...kami semua selamat smpai...in one piece. Haha..mungkin ada kot sorg dua terkena batu kat kaki....ada yg batu kene bontot....haahha...tapi...itu lah pengalaman....kan kan kan....

Smpai kat destinasi tu ada lak kolam air panas....kami semua mengambil peluang untuk merendam kaki...pergh...nikmat giler time tu...hahahaha....lepas tu..naek bas..dan kembalik ker Nur Pangsun....Kami makan petang...dan kemas barang....bersedia untuk bertolak ke Maktab Penjara Kajang....

Sampai kat Maktab Penjara Kajang tu...kami di beri masa untuk mandi...tukar baju...

Kat Maktab Penjara Kajang neh...ada pantang larang nyer..dari bangunan ke bangunan takley jalan2...kene kawad...t-shirt kene tuck-in, tudung kena pakai dalam baju. Pergh strict agak2 la jugak...tapi kalo korg tgk pelatih2 penjara yang ada kat sana...hurm...mcm agak strict dan kagum aku tgk diorg neh boleh jadik begitu berdisiplin. Diorg makan...takde sembang2...5 menet jek...pergh...

Bilik hostel dia...amat2 selesa...satu bilik dua org...ada tv..ada aircond...ada toilet dalam bilik...ada water heater...hahaha...mmg mantap...

Lepas dinner..kitorg ada speaker session....lepas tu..habes kul 1pg...then baru leh balik TIDO....

Esok! Kul 6.30 pagi kawad...so kena berkumpul kat bawah kul 6.15pg....wah wah wah...

Bersambung.....

Friday, June 26, 2009

MIM-TRYLA 2009 - Hari Pertama

Aku kluar dari Hotel Plaza jam 8.30pg. Menaiki teksi yang charge aku RM25 untuk ke bangunan MIM, Jalan Ampang sebab dia kata jalan jem la...apa la..

Sampai kat sana...aku di tunjukkan ke tingkat atas untuk register. Lepas register, masuk dalam satu bilik seminar, dan di beri 2 helai t-shirt ngan satu tracksuit TRYLA 2009. Beg2 kami di arahkan untuk diletakkan di situ dan dilabelkan. Kami juga di minta untuk menukar baju dan suar yg telah diberikan...

Lepas tukar baju, diorg suro naek tingkat atas lagi. Ada makan2. Aku da breakfast da pagi td kat hotel so aku malas la nak makan. So, aku terus masuk ke dalam dewan dan mengambil tempat duduk. Disebabkan aku tak kenal sapa2.. dan org len mcm dah duduk2 ngan geng2, aku pown mengambil tempat yg takder org duduk lagik.

Setelah semua selesai makan, sesi introduction pown bermula. Kami di brief kan sedikit sebanyak tentang rules dan regulation. Lepas tu kami di minta untuk mencari kumpulan berdasarkan warna yang telah dilekatkan di belakang tag kami. Aku pown belek2...aku nyer kaler pink dan ada tulisan golf.

Setelah mencari2, aku pown duduk la ngan group aku di satu penjuru. Kami pown berkenalan la sikit2, just tahu nama. Kumpulan lima, aku, Angie, Gan, Yenn, Zilla, Samsol, Lan, Kantha, Vishnu dan Zaidi. Then kami di minta untuk menggayakan apa saja sukan yang di tulis, iaitu untuk kumpulan aku, GOLF. Kumpulan aku pown..menggayakan ar...macam org pukul bola golf...hehehe...

Lepas tu ada sikit sesi memperkenalkan diri...then ada Opening Ceremony...ucapan oleh beberapa org VIP. Lepas ucapan, ucapan dan ucapan, kami keluar untuk sesi fotografi. Lepas tu...LUNCH!!

Lepas lunch kami di suruh ambil beg dan tunggu di luar. Nampak ada 2 bas Jabatan Penjara...naik bas ikut kumpulan. Tapi masa tu lum kenal2 sangat..so mcm tak brapa bising la...

Kami di bawa ke Eco Resort, Nur Lembah Pangsun. Kat situ, kami kene simpan beg dalam satu dewan dan berkumpul mengikut kumpulan. Dari situ, kami menjalankan aktiviti pertama kami sebagai satu kumpulan...JUNGLE TREKKING. Jungle trekking...dengan tugasan membawa sebaldi air turun dari atas bukit tu. So disebab kan kumpulan aku kumpulan ke-5, kami mulakan jungle trekking tu last skalik. Walaupown ni tugasan pertama, kami da bekerjasama dan bergilir mengangkat baldi yg berisi air tu...bangga aku ngan group haku neh...hahahha...

Setelah sampai ke destinasi, rupa2nya dia bukan mencari air yang paling penuh, tapi yang paling sikit. Kira seb baek la jugak, group aku dapat number 3 kot.

Kami di beri masa untuk makan petang...

Lepas dari tu, kami kene Obstacle dan Game. Kami start dengan men paip lubang2 kene isi air dan kuarkan bola ping pong. Lepas tu kami maen "Out of the Box". Kene kuarkan baldi berisi air dari satu kawasan dengan menggunakan 2 tali dan perlukan 3 cara. Lepas tu sesi angkat bola golf dan bola pingpong pakai 10 tali. Then baru ke obstacle. Pergh penat gak...sampai gelap ar...

Lepas tu satu lagi aktiviti, orienteering. kami sepuluh orang diikat bersama. Ketua dan penolong ketua membawa kami berjalan dan mencari treasure hunt menggunakan kompas dan bearing2 yang di berikan. Untuk aktiviti neh...Angie jadik ketua...walaupown dia baru blajar cara guna kompas. Destinasi akhir dia...dia dalam air...paling tak tahan...dalam kolam ikan. Tapi seb baek la, aku last skalik so turun sket jek. Tapi not bad, walaupon teraba2 dalam gelap dan aku hampir mati terjerut kat tangan aku...tapi aku selamat...kami semua selamat...dan kami dapat number brapa ntah...tapi yang pastinya bukan last...hehehe...

Lepas dari tu, aku lak jadi ketua untuk aktiviti camp site. Kami di minta untuk memasang khemah dan kemudian membakar ayam. Pergh bab memasang khemas takder masalah. Cuma yang mencabar apabila mancis yang kami ada tu basah sebab amek dari dalam kolam tadi. Dari 4 kumpulan, ada satu kumpulan yang mancis nyer tak basah. So kami diskas2, satu ahli kumpulan aku, Zaidi, kami hantar untuk tolong kumpulan tu, dan kemudian kami pinjam mancis diorg. Hehe...dan berbekalkan semangat ahli kumpulan aku, terdapatlah api dan dapat la kami membakar arang2 untuk membakar ayam. Lepas tu, Samsol teruskan membakar ayam, aku memerhati dan yang laen2 di tugaskan ke kolam ikan untuk membuat bendera dan juga memancing ikan. Kami di kehendaki untuk memancing ikan dan buat bendera, esok nak kene tunjuk ikan sapa tangkap paling besar.

So setelah kelima2 kumpulan siap masak...barula kami semua dapat makan. Setelah makan, kami di bahagikan ke khemah2 kami dan kemudian kami di beri masa untuk membersihkan diri dan merehatkan diri. Sebenarnya kami semua mengambil masa 3 jam untuk menyalakan api dan menyelesaikan krisis api dan kami semua hanya dapat makan pada jam 1 pagi.

So dalam kul 2 pg lebey, aku dan ahli kumpulan aku meneruskan perjuangan menyiapkan bendera. Yang ikan tu da settle da. Disebab kan ada yang perlu sentri dari kul 4.30 pg sampai 5pg, aku suro 2 org tido. Tapi disebabkan yang laen2 pown turur letih, mereka pergi tidur. Tinggal aku, Lan dan Angie yang setia menyiapkan bendera sampai kul 4.30 pg.

Elok2 aku baru jer konon2 nak masuk tidur...kul 5 pagi kedengaran siren yang telah dibunyikan oleh si Danny. Isk isk...dia neh..dari siang tadi tak bagi can org nak rehat. Pergh aku ngan kepala yang mcm agak2 ting tong pegi la beratur. Dok depan lak tu. Pergh serabut tul time tu dengar dia bagi syarahan...

Bersambung di siri yang akan datang....

Thursday, June 25, 2009

Boria TRYLA

Salam sejahtera kami ucapkan
Kepada semua kami muliakan
Boria TRYLA kami persembahkan
Mari tengok jangan malu jangan segan

Kami semua peserta TRYLA
Kumpulan 5 yang slalu berjaya
Memancing ikan dapat talapia
Main paintball pula dapat nombor dua

Hari pertama semua panjat bukit
Habislah kaki semua sakit2
Tapi gembira bila kita berakit
Sampai semua pakat terpekik

Hari kedua semua blajar kawad
Sampailah kaki dah naik ketuat
Walau kena marah kami tetap taat
Hati gembira bila dapat reward

Maktab Penjara Kajang menjadi saksi
Tempat kami menonjolkan diri
Thank you MIM dan juga Masterskill
Memberi peluang kepada kami

(Rap)

Sekian dahulu persembahan kami
Smoga dapat kita berjumpa lagi
Izinkan kami mengundur diri
Boria TRYLA sampai di sini

p/s: Hakcipta terpelihara oleh Full Swing, TRYLA 2009