Sunday, February 22, 2015

Fikirkanlah

Cepat sungguh masa berlalu, dah seminggu da. Raya Cina pun da lepas. Dalam mana aku seronok sempena raya cina ni (bukan sebab orang slalu kata aku mcm cina =)), tapi sebab boleh cuti 4 hari...itu yang terbaik...tambahan pula bos tak kerja, client pun semua tak kerja...so aku boleh enjoy cuti aku dengan aman dan tenang skalik....hehehe

Tapi pada Raya Cina kali ini juga... aku kehilangan seorang yang amat dekat dengan aku. Walaupun tiada pertalian darah atau saudara, tapi dia yang selalu menjaga aku sekeluarga tambahan waktu aku skolah2 dulu.

Pagi Khamis, aku dengar cerita yang dia masuk spital sebab demam. Aku dan mak da plan nak pergi melawat dia petang nanti. Tapi tak sempat, dalam kul 11 pagi mcm tu, kami dengar perkhabaran yang dia sudah pergi kepada penciptaNya. Nasib baik aku cuti, jadi aku boleh ikot mak abah aku pergi spital, pergi rumah arwah dah tolong apa yang patut.

Setiap kali ada kematian, kita pasti akan terfikir, hidup ni terlalu singkat. Kadang2 kita selalu tangguhkan untuk buat sesuatu pada masa yg akan datang. Tapi tak semestinya "masa akan datang" itu akan tiba untuk kita semua. Walaupun arwah dah berumur 66 tahun, tapi dia tidak ada penyakit kritikal, cuma demam sahaja sudah mampu untuk mengakhiri hidup dia. Fikirkanlah.

Ini semua buat kita juga berfikir, adakah cukup bekalan kita untuk ke sana? Pasti ramai yang kata tidak cukup. Tapi, apa yang kita buat untuk memastikan bekalan kita cukup untuk ke sana. Atau sekadar teringat seketika dan kembali kepada hidup kita tanpa melakukan apa2. Fikirkanlah.

Dan, bila kita pergi nanti, ada kah orang2 yang akan merindui kita? Yang akan mengiringi kita ke kubur? Adakah yang akan sentiasa menghadiahkan doa2 ketika kita di sana nanti. Wallahualam.. Fikirkanlah.

Aku pun bukan la bagus sangat. Cuma sekadar teringat, untuk mengingatkan diri sendiri.


p/s: Selamat kembali bekerja...!!

1 komen:

ojalhackler said...

Casino Games Near Chicago, IL - MapYRO
Casinos 포항 출장마사지 in 동두천 출장마사지 Chicago area. 대구광역 출장샵 MapYRO has the closest casinos to Chicago. Find addresses, read reviews and talk about 안산 출장안마 what's popular 공주 출장샵 around Chicago.