Tapi pada Raya Cina kali ini juga... aku kehilangan seorang yang amat dekat dengan aku. Walaupun tiada pertalian darah atau saudara, tapi dia yang selalu menjaga aku sekeluarga tambahan waktu aku skolah2 dulu.
Pagi Khamis, aku dengar cerita yang dia masuk spital sebab demam. Aku dan mak da plan nak pergi melawat dia petang nanti. Tapi tak sempat, dalam kul 11 pagi mcm tu, kami dengar perkhabaran yang dia sudah pergi kepada penciptaNya. Nasib baik aku cuti, jadi aku boleh ikot mak abah aku pergi spital, pergi rumah arwah dah tolong apa yang patut.
Setiap kali ada kematian, kita pasti akan terfikir, hidup ni terlalu singkat. Kadang2 kita selalu tangguhkan untuk buat sesuatu pada masa yg akan datang. Tapi tak semestinya "masa akan datang" itu akan tiba untuk kita semua. Walaupun arwah dah berumur 66 tahun, tapi dia tidak ada penyakit kritikal, cuma demam sahaja sudah mampu untuk mengakhiri hidup dia. Fikirkanlah.
Ini semua buat kita juga berfikir, adakah cukup bekalan kita untuk ke sana? Pasti ramai yang kata tidak cukup. Tapi, apa yang kita buat untuk memastikan bekalan kita cukup untuk ke sana. Atau sekadar teringat seketika dan kembali kepada hidup kita tanpa melakukan apa2. Fikirkanlah.
Dan, bila kita pergi nanti, ada kah orang2 yang akan merindui kita? Yang akan mengiringi kita ke kubur? Adakah yang akan sentiasa menghadiahkan doa2 ketika kita di sana nanti. Wallahualam.. Fikirkanlah.
Aku pun bukan la bagus sangat. Cuma sekadar teringat, untuk mengingatkan diri sendiri.
p/s: Selamat kembali bekerja...!!